Wednesday, 18 January 2017

Catatan Harian

Teks :Nursyazwani Mohd Asaari

Assalamualaikum Semua, Alhamdulillah syukur untuk setiap rezeki yang datang dalam hidup kita. Harini, nak kongsikan sedikit pengalaman Wanee mula-mula pakai mask clay.

Tapi, sebelum tu clay mask nie salah satu produk Mary Jardin. Korang semua pernah dengar. Okey tidak mengapa, esok Wanee akan cerita ape itu Mary Jardin.

Mula-mula pakai clay mask nie takut la jugak sebab warna hitam. Hahahha, tapi Wanee kuat kan diri untuk Cuba sebab sahabat Wanee pun dah ramai Yang gunakan nya. Cuma Wanee jela yang lambat tahu. Padan muka, orang lain muka makin Cantik. Kita baru nak pakai.

Lepas pakai clay mask nie, muka makin licin dan pori - pori juga makin mengecil. Best sangat dan dalam masa yang sama boleh buang whitehead dan blackhead.

Jom la cuba, memang tak rugi. Lagi jimat ada la.

Sunday, 1 January 2017

Permulaan Tahun 2017

Teks :Nursyazwani Mohd Asaari

Syukur Alhamdulillah, Tahun 2016 memberi banyak erti nya. Biar kita simpan segala kenangan manis dalam hidup kita.

Dan yang menarik nya, Jom kita mulakan Tahun baru 2017 dengan azam baru dan impian baru. Sikap yang tak elok pun kalau boleh tak perlu bawa sekali pada tahun 2017.

Mulakan tahun baru dengan semangat yang berkobar - kobar untuk mencapai segala impian yang kita impikan. Ingat tau, niat kena baik dan betul. Inshaallah segala urusan akan dipermudahkan.

Selamat Tahun Baru Untuk Semua ☺️
🎊🎊🎊🎊🎊🎊🎊🎊🎊🎊

Friday, 30 December 2016

Tips Berjaya Dunia Akhirat

Teks :Nursyazwani Mohd Asaari.

Assalamualaikum Sahabat, Wanee Doakan Sahabat Wanee Sentiasa Dilindungi Dan Dirahmati Walau Dimana Korang Berada. Macam Ucapan Raya La Pulak. 😊

Syukur Alhamdulillah Bagi Yang Masih Mempunyai Ibu Dan Bapa Yang Masih Hidup. Mereka Lah Yang Sentiasa Ada Bersama Kita Dari Kecil Hingga Kita Dewasa. Masa Kecil Kita Selalu Cuba Dapatkan Perhatian Dari Mereka Tapi Bila Dah Besar Dan Berkerjaya, Kita Jarang Tatap Mata Mereka.

Ego nya Kita. Padahal Masa Kita Sedih, Mereka Lah Yang Peluk Dan Tenang Kena Kita. Tapi, Bila Besar Kita Terlupa Yang Mereka Ingin Kan Kasih Sayang Dari Anak - Anak. Pernah Kah Kita Tanya Apa Yang Mereka Ingin kan.

Pasti Mereka Berkata, "Kami Tak Perlu kan Ape-Ape Kerana Kami Hanya Ingin Melihat Anak Kami Hidup Bahagia, Berjaya Dan Sihat" . Menitis Air Mata Tat Kala, Kita Sebagai Anak Tidak Dapat Memenuhi Hasrat Mereka.

Yang Jarang Peluk Mak Ayah, Balik Lah Peluk Mereka Seeratnya. Bahagia Kan Lah Mereka Sementara Mereka Masih Ada.

Sayang Mak Ayah, Hormat Mak Ayat. Nak Bahagia Dan Berjaya Dalam Kehidupan, Jaga Keramat Hidup Kita Sebaik Mungkin.

Doa Mak Ayah Mudah Termakbul. Alhamdulillah.

Thursday, 27 October 2016

Tudung Ariani x Siti Nurhaliza Pilihan Ku.

Teks : Nursyazwani Mohd Asaari

Perempuan tidak dapat dipisahkan dari kecantikan. Walau besar mana pun halangan, mereka akan tetap dapatkan apa yang mereka inginkan antaranya tudung yang cantik la. Hehe, jadi bila dah lama Wanee usha pelbagai jenis tudung. Terjumpa la peluang keemasan dengan pihak Ariani x Siti Nurhaliza. Tanpa teragak-agak, Wanee terus ambik keputusan untuk join team mereka.

Dan suai kenal pun berlangsung  penuh meriah dengan kedatangan Dato' Siti Nurhaliza, Dato' Khalid  dan juga Pengasas Ariani sendiri Datin Farah Dan Dato' Farouk . Mereka sangat cantik  dan  berpenuh  dengan aura positif.

Inshaallah, untuk entri seterusnya Wanee Akan kongsikan sedikit gambar sekitar majlis bersama mereka dan juga koleksi terkini dari Ariani x Siti Nurhaliza. Tunggu tau 😊


Doakan Wanee terus diberikan peluang Dan ruang untuk berkongsi lebih banyak pagi Info menarik bersama anda semua.


Assalamualaikum dari Wanee.


Nak tengok lebih lagi, boleh tengok di :

Facebook: Waniey Exclusive Collection

Dan,

Instagram:
@whany_hijabista

🛍🛍🛍🛍🛍

Wednesday, 26 October 2016

Catatan Harian

Teks: Nursyazwani Mohd Asaari

Malam yang sunyi, membangkitkan nostalgia yang sentiasa berlegar-legar diminda. Ape pulak tu berfalsafah. Hehe, sekali sekali kita kena layan jugak kepala pening kita ni. Malam ini, Wanee nak kongsikan tentang KEBERKATAN. Sebelum Wanee mula bercerita, maaf Wanee bukan Ustazah tapi Wanee cerita dari pengalaman wanee dan juga sahabat lain.

Izinkan wanee mulakan langkah bercerita. Keberkatan sangat penting dalam hidup kita tak kira apa sahaja yang kita buat, pastikan ia berkat. Bila kita kejar sesuatu perkara, perasan tak kadang-kadang ia makin jauh. Lagi kita kejar, makin jauh ia dari kita. Dimana kah silapnya. Dimana kah keberkatan nya. Menangis air mata bila memikirkannya, tanpa jawapan ku terus berdoa kepadaNya.

Untuk yang masih ada ibu bapa , minta Dan mohon la ampun dan doa  dari mereka. Keberkatan datang dari mereka, doa mereka lah penguat untuk diri kita sebagai anak. Sangat rugi bila kita jauhkan diri dari mereka. Perasan atau tidak, Bila kita terlalu mengejar dunia, kita hampir  terlupa ibu bapa yang sentiasa mendoakan kita. Perasan atau tidak Cuba fikirkan. Dalam seminggu berapa kali kita telefon,peluk dan bertanya kan khabar mereka. Mereka tidak inginkan apa-apa selain  dari kasih sayang, perhatian  dan doa dari anak-anak.

Tidak dilupakan untuk yang dah berkahwin, bagi isteri yang melibatkan diri dalam bisnes atau apa sahaja, redha dan restu suami amat penting. Walaupun tidak diminta, kita tetap kena hormati mereka . Dia lah imam, dia lah sahabat, dia lah suami, dia lah bapa . Bila kita terlalu mengejar dunia, kadang-kadang mereka  yang kesepian akan belaian dan bebelan kita. Tapi, bila kita  stres dengan sesuatu perkara, mereka lah tempat yang selalu kita lepaskan amarah. Tapi pernah kah kita terfikir kenapa kita tidak tenang melakukan sesuatu perkara, mungkin juga kerana tiada Keberkatan dan kita tidak pandai membahagikan masa kita sebaik mungkin.

Hargai lah apa yang ada di depan mata kita. Kerana setiap Keberkatan datangnya dari mereka juga.

Tuesday, 25 October 2016

Pengalaman Bisnesku

Teks: Nursyazwani Mohd Asaari

Pengalaman memainkan peranan yang sangat penting dan ia tidak dapat dijual beli. Lain orang, lain pengalaman yang mereka hadapi. Sama juga lah dengan wanee. Dalam beberapa tahun wanee terlibat dalam bisnes secara tidak sengaja dengan pelbagai jenis bisnes. Naik dan turunnya sesuatu bisnes itu adalah perkara biasa.

Bisnes ini sangat menarik bila sentiasa ada sales yang masuk. Dan ia membei motivasi pada diri kita supaya sentiasa buat dan nak buat lagi dan lagi. Ingat, bisnes bukan segalanya yang penting niat kita buat bisnes untuk ape. Betulkan niat kita supaya kita makin kuat untuk hadapi naik turun dalam bisnes kita pada masa akan datang.

Macam-macam yang Wanee rasa, pahit geram nak menangis semua perasaan ada. Bila rasa macam tu, hanya satu tempat yang paling Wanee suka luahkan pada Allah.  Lepas luahkan akan rasa lebih lega. Wanee impikan mentor tapi mentor tiada bila kita  memerlukan . Hanya Tuhan yang tahu perasaan Wanee masa tu, kita nak buat yang terbaik supaya jika  ada kesilapan , kita boleh terus perbaiki.Kalau dah lama sangat dan tak ada respon, kita bukan merajuk cuma bila kita tengah teruja buat sesuatu perkara kita akan buat dengan sepenuh hati.

Betul tak?

Wanee tak malu  sebab diorang asyik komen pasal hasil kerja kita. Tapi, malu sebab selalu kena ingatkan mereka untuk semak hasil kerja kita yang dah lama tertangguh. Kebuntuan menghantui Bila kita dah ada idea tapi tiada respon dari pihak lagi satu. Bagi Wanee setiap Minot itu berharga sangat, mungkin diri terlalu banyak kekurangan sebab itu Wanee inginkan tunjuk ajar mereka secara terperinci maksud sebuah bisnes itu. Ape Korang rasa.

Usah ulang kesilapan yang sama, ia merugikan masa wang dan tenaga. Wanee tak nak bazirkan masa lagi sebab tu memang keutamaan nak buat yang sehabis baik. Semoga Allah makbulkan doa ku yang tersemat jauhkan dilubuk hatiku ini. Kau pimpinlah aku, Kau jangan biar kan aku memimpin diriku  sendiri.

Carilah keberkatan dalam setiap langkah hidupmu.  Wanee doa kan sahabat Wanee semua kaya Dan berjaya.


Monday, 24 October 2016

Kepentingan Air untuk Hidupan

Teks : Nursyazwani Mohd Asaari


Hidup ini tiada makna bila air tiada. Tengok tu, penting sungguh air dalam kehidupan kita semua. Air , elektrik dan juga makanan tidak dapat dipisahkan. Tiada elektrik masih okey tapi kalau air yang tiada mampukah kita bertahan dan menghadapinya.

Besar sungguh kesan tiada bekalan air dan juga kurang nya air dalam badan kita. Kebanyakkan aktiviti harian kita akan terganggu gara-gara air. Nak basuh baju pun memerlukan air kan, nak memasak juga memerlukan air, nak buang air besar dan kecil pun memerlukan air. Ape akan terjadi, kalau kita masih boros dan tidak menggunakan langkah yang bijak dalam mengawal penggunaan air.

Air, air, air.

Hargai lah air. Sebelum ini, kawasan rumah Wanee juga pernah tiada bekalan air. Fuh, berderau darah  fikir macam mana nak dapatkan bekalan air. Dah la masa itu baru balik dari kampung, memang langsung tak sangka la air tiada masa Wanee balik ke rumah. Bukak air dalam Tandas , tak keluar air. Macam mane tu, tak ke terkejut dibuatnya.

Dengan anak-anak yang kecik lagi la cabaran tau. Mujur periksa dulu ada air atau tak. Kalau tetiba dah buang air besar dan nak gunakan air tapi air tak ada . Uwaaaa, tidak! Dengar macam geli, tapi itulah kenyataan nya.

Itu bab luaran. Ini pulak bab kita makan Dan minum pulak.

Setiap hari kita kena pasti kan yang kita minum air kosong secukup nya. Tambah pulak, dengan cuaca yang tidak menentu membuatkan badan kita kehilangan banyak air. Ia juga dapat melembabkan kulit Kita dari kekeringan.

Ape yang Wanee nak tekan kan , aktiviti seharian kita sangat-sangat bergantung pada air. Guna air dengan bukak ye, sebijak  pengguna nya.